Sunday 3 March 2013

ASSALAMUALAIKUM.....

SUdah lama fatin tidak menulis diblog ni kan?? 
huhu,, maklum la sibuk saja memanjang,,kerja smpai tak ada cuti.. ni baru dapat cuti dua hari...
okey,,hari ni fatin nak cakap sal "CINTA SELEPAS AKAD"
“Ada yang kata ‘bercinta’ boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?”
“Ada yang kata ‘bercinta’ dengan niat nak kahwin, boleh. Betul ke?”
“Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu?”


Cinta Selepas akad bukan bermakna tiada cinta sebelum akad. Cinta itu memang ada.. Perasaan cinta itu memang wujud.. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.



Bagi fatin, maksud fatin cinta selepas akad itu ialah “percintaan/bercinta” yang wujud hanyalah selepas nikah,hanyalah selepas sah akad nikah.



Tiada “percintaan/bercinta” sebelum nikah. kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya “bercinta” sebelum nikah atau istilah mereka “couple”. Tiada istilah “Couple” dalam islam sebelum menikah. “Couple” itu wujud hanyalah selepas nikah.



Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

Nikmatnya Cinta Selepas akad itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.

Image 
indahnya cinta selepas akad,

NOVEL BESTSELLER BELI ONLINE! 
jadikan lah cinta anda CINTA HIGH CLASS
dan cintailah seseorang kerana AGAMANYA BUKAN RUPA PARASNYA
kerana RUPA TIDAK MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN.. 
:)
Saya cintakan awak kerana Allah SWT dan oleh kerana itu, saya menjaga hati saya dan iman saya juga kerana Allah SWT. Buat masa ini kita kawan sahaja ye, bila sampai masanya akan saya hantar utusan dari pihak saya untuk menjadikan awak yang sah dan halal buat saya dan menjadi peneman saya ketika susah dan senang dalam mengjulang syariat islam setingginya sekaligus peneman saya dan org yang terakhir dalam hidup saya sebelum mata saya terpejam untuk selama -lamanya.

Dimana dia, siapakah dia, tinggi ke, pendek ke, gemok ke, kurus ke, hitam ke, putih ke, bilakah kami akan bersatu, saya sendiri tak mengetahui apakah rancanganNya. Yang saya mampu lakukan hanya berdoa agar utusan dariNya adalah yang dapat membimbing saya kejalanNya.