Friday 28 February 2014

hijrahku..




alhamdulillah..syukur yang tidak terhingga ke hadrat ilahi dengan hidayah yang tidak terhingga yang deberikan kepada ku.. terima kasih ya Allah.. sungguh engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang..

dulu aku hanya gadis biasa yang bukan nya daripada sekolah agama malah tidak langsung belajar disitu.. 
aku bukan dari keluarga para ulama,malah jauh dari itu
aku bukan rasa nak jadi ustazah malah ilmu aku sangat la cetek,,
aku hanya insan biasa yang penuh dengan dosa silam,,
dulu aku lain, sekarang aku mulai sedar..
ini adalah suruhan Allah.. dan Allah suruh adalah bersebab..
aku hanya ingin berkongsi cerita tentang nikmat Allah yang tidak terhingga buat hambaNya..

kisahku bermula disaat pertama kali perkenalan dengan dua orang muslimah di tempat aku berkerja..di restorant,kemaman..aku terpegung seketika.. subahanallah indahnya ciptaanMu.. sejuk mata memandang,, ya Allah beginikah rupa penghuni syurgamu?? pada saat itu aku terasa malu melihat diri ku sendiri,, aku bertudung tapi adakah aku menutup semua aurat ku??auratku hanya ditutup ala kadar sahaja..
 
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH..dia berhak memberi hidayah itu kkepada sesiapa pun.. sungguh Allah itu maha pengasih lagi maga penyayang,mintalah.. mohonlah hidayah itu agar selamat dunia dan akhirat

aku termenum sendiri smbil memikirkan diri sendiri.. kalau buka sekarang aku berubah,bila lagi?? nak tunggu aku mati dulu?? nak tunggu aku dah tenat dulu?? kalau bukan aku sendiri yang bantu diri aku sape lagi?? jiran sebelah rumah?kawan aku? orang lain hanya boleh memberi dorongan..tapi yang nak berubah adalah diri aku sendiri.. aku yang kena ubah diri aku.. 

sejak dari itu aku cuba sedikit demi sedikit untuk menutup apa yang tidak enak untuk dilihat..tiada lagi baju yang kecik-kecik. seluar jeans,tudung bawal yang nipis,tudung fareda,, biar apa org nak kata,,diorang nak kata kolot,kampung,xberfesyen.. aku xkisah asalkan aku selesa dan aku rasa selamat dengan pakaian aku.. aku xperlu lagi memikirkan pandangan lelaki ajnabi..

pada september 2013 aku berdafdar di institut pengajian tinggi.. aku berharap supaya aku akan berjumpa dengan orang yang dapat pimpin aku ke jalan yang benar..yang dapat membantu aku untuk mencari hidayahMu ya Allah..aku berjumpa dengan afifah,atin,syaz,akma,, alhamdulillah semua suport aku.. aku rasa semkin kuat dan bersemangat untuk menjadi lebih baik.. thank Allah berikan aku teman yang terbaik..

aku akui,aku bukan lah muslimah yang baik. tapi aku berusaha untuk menjadi baik,,kalau ingin menjadi baik.. Allah pasti akan bantu kita.hanya terpulang pada diri kita untuk memilih sama ada memulakan langkah pertama,,atau untuk bepatah kebelakang dan lupakan segalanya,,

aku dihadiahkan satu tudung labuh oleh seorang teman PLKN..aku cuba untuk memakainya. dan aku berdiri di hadapan cermin.. kulihat diriku.. subahanallah.. aku terkedu,, aku dapat rasakan sesuatu,, rasa tenang,dilindungi dan merasakan apa yang aku cari selama ni telah kutemui..
"ya Allah jika ini yang terbaik untuk aku dan masa depan ku.. kau permudahkanlah segala urusan ku ya Allah. didiklah aku kejalan yang diredhaiMu..aminn.."bisik hatiku

dengan keyakinan dan kekuatan yang ada pada diri dan sokongan daripada kawan-kawan,, aku menggunakan tudung labuh pada awal semester 2.. banyak yang bermain difikiran ku. aku rasa semua memerhatikan aku,, tapi alhamdulillah. aku terasa tenang sangat.. semua aku menghadapi dengan mengingati Allah,, ada yang menyindir,ada yang memuji,ada yang memandang sinis padaku,, aku cuba kuatkan diri dengan mengingati perjuangan rasulullah...aku kena kuat dalam perjuangan dakwah pada diriku sendiri,, subahanallah,,alhamdulillah,, terima kasih yaAllah untuk kekuatan ini,,
 
hingga saat ni..1/3/1014 aku semakin selesa dengan penampilan aku,, segala perasaan aku mula hilang malah aku terasa lagi kuat dan bersemangan untuk penghijrahan ini.. insyaAllah dengan izinNya aku aku perjuangkan dakwah ini hingga ke akhir hayatku.. semoga dipermudahkan..semoga istiqamah dalam setiap perbuatan.. insyaAllah




Sunday 3 March 2013

ASSALAMUALAIKUM.....

SUdah lama fatin tidak menulis diblog ni kan?? 
huhu,, maklum la sibuk saja memanjang,,kerja smpai tak ada cuti.. ni baru dapat cuti dua hari...
okey,,hari ni fatin nak cakap sal "CINTA SELEPAS AKAD"
“Ada yang kata ‘bercinta’ boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?”
“Ada yang kata ‘bercinta’ dengan niat nak kahwin, boleh. Betul ke?”
“Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu?”


Cinta Selepas akad bukan bermakna tiada cinta sebelum akad. Cinta itu memang ada.. Perasaan cinta itu memang wujud.. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.



Bagi fatin, maksud fatin cinta selepas akad itu ialah “percintaan/bercinta” yang wujud hanyalah selepas nikah,hanyalah selepas sah akad nikah.



Tiada “percintaan/bercinta” sebelum nikah. kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya “bercinta” sebelum nikah atau istilah mereka “couple”. Tiada istilah “Couple” dalam islam sebelum menikah. “Couple” itu wujud hanyalah selepas nikah.



Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

Nikmatnya Cinta Selepas akad itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.

Image 
indahnya cinta selepas akad,

NOVEL BESTSELLER BELI ONLINE! 
jadikan lah cinta anda CINTA HIGH CLASS
dan cintailah seseorang kerana AGAMANYA BUKAN RUPA PARASNYA
kerana RUPA TIDAK MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN.. 
:)
Saya cintakan awak kerana Allah SWT dan oleh kerana itu, saya menjaga hati saya dan iman saya juga kerana Allah SWT. Buat masa ini kita kawan sahaja ye, bila sampai masanya akan saya hantar utusan dari pihak saya untuk menjadikan awak yang sah dan halal buat saya dan menjadi peneman saya ketika susah dan senang dalam mengjulang syariat islam setingginya sekaligus peneman saya dan org yang terakhir dalam hidup saya sebelum mata saya terpejam untuk selama -lamanya.

Dimana dia, siapakah dia, tinggi ke, pendek ke, gemok ke, kurus ke, hitam ke, putih ke, bilakah kami akan bersatu, saya sendiri tak mengetahui apakah rancanganNya. Yang saya mampu lakukan hanya berdoa agar utusan dariNya adalah yang dapat membimbing saya kejalanNya.

Saturday 22 December 2012

assalamualaikum
 susah kan nak faham hati orang.. macam2 ragam ada.. kita cuba sedaya upaya untuk faham orang tapi tetap tak boleh.. mesti ada yang tak kena
kita tak mengharapkan orang faham kita.. just kita mintak orang menghormati kita dan menghargai kita je,,
susah sangat ke?? mmg hidup tak kan ada yang sempurna... tapi kalau kekurangan pada diri kita boleh deperbaharui.. kita perlu perbaharui.. untuk kita nampak lebih baik dari itu... :) 


kehidupan kita perlukan perubahan untuk kebaikan diri kita sendiri.. untuk mengelakkan kecacatan di pandangan mata kasar orang terhadap diri kita..
untuk menyerlahkan diri kita
untuk kelihatan sempurna dimata kasar orang yang melihat.. 
:)

p/s: saya tak mengharapkan awak memahami saya,cuma saya mengharap tolong menghargai saya 
dan hormat keputusan saya,,
 dan tolong jangan terus menyalahkan diri sendiri,, sedangkan awak langsung tak bersalah.. 
saya haarapp awak akan selalu menjadi yang terbaik dimata saya.. 
:)
dan yang paling penting,, saya berharap suatu hari nanti awak akan faham saya,cukup sekadar 50% pun da oke.. itu dah memadai bagi saya,, 
saya bukan tak bagi awak peluang untuk memahami saya,tapi saya tahu bukan senang untuk memahami saya,, famly saya pun xfaham saya yang dah lama hidup dgn saya,, saya berharap.. :))







Friday 7 December 2012

hello :)

hello..apa khabar semua..ni ka kongsi sikit,,perlu ke kita ingat kat orang yang dah buang kita dalam hidup dia??sdgkan dia sikit pn xingat kat kita...mmg la org selalu cakap nak lupa orang yang pernah kita sayang susah,tapi kita kena cuba,,insyallah boleh,,ingat tau,jgn pernah berharap pada apa yang belum tentu menjadi milik kita,,, :)